Sale!

Coklat Bestari Gemilang

RM 45.00 RM 39.00

Product Description

COKLAT BESTARI GEMILANG

Coklat Bestari merupakan rumusan air Zamzam bersama makanan Sunnah yang ternyata kaya dengan khasiat untuk membantu anda meningkatkan tahap kesihatan di samping membekalkan nutrien yang secukupnya untuk kecerdasan dan kecerdasan minda. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai snek mahupun makanan tambahan untuk seisi keluarga.

Kandungan: 60 biji

KHASIAT COKLAT BESTARI GEMILANG

  • Menguatkan daya ingatan dan tumpuan
  • Mencergas dan mencerdaskan minda
  • Membantu memudahkan hafalan
  • Meredakan tekanan, gemuruh dan kemurungan
  • Membekalkan tenaga untuk kecergasan tubuh
  • Membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit
  • Meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan
  • Sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat usia

KANDUNGAN COKLAT BESTARI GEMILANG

  • Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta menggalakkan tenaga dan keupayaan mental serta membantu meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.
  • Madu: Pengambilan madu sebagai makanan tambahan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesihatan jasmani, malah ia bertindak sebagai antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel otak seterusnya membantu merangsang keupayaan minda.
  • Pegaga (Gotu Kola): Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh meningkatkan kecerdasan minda.
  • Biji Anggur: Selain tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melindungi otak dan sistem saraf daripada serangan sebatian yang berbahaya, biji anggur juga mampu melancarkan peredaran darah ke semua bahagian dalaman tubuh termasuk bahagian otak seterusnya membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori.
  • Air Zamzam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam Zam mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan fluorida yang lebih tinggi daripada air biasa yang mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.
  • Kacang Soya: Kacang soya merupakan sumber kalsium yang diperlukan untuk mengukuhkan tulang dan gigi selain menggalakkan fungsi organ dalaman tubuh dan membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda.
  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.
  • Kismis: Kismis yang merupakan buah anggur yang telah dikeringkan sangat kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, vitamin dan folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain membantu menjana penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
  • Susu Kuda: Bagi mereka yang alah terhadap susu lembu, susu kuda merupakan antara pilihan terbaik untuk membekalkan nutrisi untuk tubuh badan. Ia berupaya meningkatkan tahap metabolisme serta stamina dan kecergasan tubuh badan, di samping membantu mengurangkan paras kolestrol, mengatasi masalah kulit serta ketegangan otot. Selain itu, susu kuda turut berupaya menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus bagi menyingkirkan toksin yang merosakkan sel tubuh seterusnya mencegah jangkitan dan serangan penyakit.

CARA PENGGUNAAN COKLAT BESTARI GEMILANG

  • Amalkan 2 biji dalam sehari.
  • Sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.
  • Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
  • Jauhkan dari pancaran cahaya matahari.

Additional information

Weight 0.1305 kg
SKU: GLG 001 Categories: , ,