Sale!

Clarifying Cleansing Gel Royal White

RM 46.00 RM 39.00

Product Description

CLARIFYING CLEANSING GEL ROYAL WHITE

Clarifying Cleansing Gel kaya dengan khasiat dari sumber asid Kojic, vitamin C dan E serta minyak biji bunga Borage yang menyingkir kotoran pada kulit di samping membantu meningkatkan kecerahan, kelembapan dan kehalusan kulit agar wajah anda tampil lebih segar dan berseri. Clarifying Cleansing Gel sesuai untuk semua jenis kulit.

Kandungan: 100 ml

KHASIAT CLARIFYING CLEANSING GEL ROYAL WHITE

  • Menanggalkan kotoran pada kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menyahtoksin
  • Menyingkir cela pada kulit
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi
  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri

KANDUNGAN CLARIFYING CLEANSING GEL ROYAL WHITE

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Sodium Laureth Sulphate: Sebatian ini yang terhasil dari buah kelapa ini merupakan agen pembuih amat penting untuk produk penjagaan kulit.
  • Sodium Cocoyl Alaninate: Bahan ini befungsi menanggalkan kotoran di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini dan berfungsi untuk mencuci minyak dan kotoran dari kulit selain membantu mengatasi masalah kulit kering serta menyerap kelembapan ke dalam struktur kulit.
  • Cocamide DEA (Cocamide Diethanolamine): Sebatian ini terhasil daripada kombinasi asid lemak dan minyak kelapa bersama diethanolamine serta berfungsi sebagai agen pembuih dan pengemulsi dalam produk ini selain berupaya menanggalkan kekotoran pada kulit wajah agar anda tampil lebih segar.
  • Disodium Cocoamphodiacetate: Bahan yang terhasil daripada asid lemak buah kelapa ini berperanan sebagai agen pembuih dan berupaya menanggalkan kotoran pada kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • PEG-150 Distearate: PEG-150 Distearate merupakan bahan pengemulsi yang menggalakkan fungsi setiap bahan lain yang terkandung di dalam produk ini.
  • Sodium Chloride (Garam): Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik bersifat anti-oksida dan berupaya mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Polysorbate 20: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi dan bahan penstabil dalam produk kosmetik, selain berperanan menenang dan menyamankan kulit untuk mengekalkan kesegaran.
  • Methylchloroisothiazolinone: Bahan ini bersifat antibakteria dan antikulat serta berfungsi sebagai bahan pengawet di samping membantu mengatasi masalah kulit.
  • Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulit yang boleh merosakkan produk ini.
  • Asid Kojic: Asid kogic yang bersifat antioksidan ini sering terkandung dalam cendawan dan berperanan penting dalam pencerahan kulit di samping mengatasi masalah hiperpigmentasi di mana asid ini membantu mengurangkan penghasilan melanin seterusnya mengekang pertumbuhan jeragat dan kesan-kesan penuaan.
  • Cendawan Shiitake (Lentinus Edodes): Cendawan yang sering tumbuh di Asia timur ini kaya dengan nutrien dan mineral yang berkhasiat seperti vitamin B dan D serta asid hyaluron, selenium dan potassium. Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini mampu mencegah kerosakan sel mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan risiko serangan kanser kulit.
  • Butylene Glycol: Sebatian yang terhasil daripada petroleum ini berfungsi memelihara sesebuah produk kosmetik di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Asid Askorbik: Juga dikenali sebagai Vitamin C, ia merupakan zat paling penting penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit.
  • Sodium Hyaluronate: Seperti asid Hyaluron yang mengandungi kadar molekul yang lebih banyak berbanding sodium hyaluronate, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam lapisan kulit.
  • 4-Butylresorcinol: Juga dipanggil rucinol, sebatian sintetik ini bertindak meningkatkan kecerahan kulit di samping membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi seperti jeragat dan tanda lahir.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan dan terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Minyak Biji Borage (Borago Officinalis): Biji bunga yang sering terdapat di Asia Tengah ini tinggi khasiat dari sumber asid gamma-linolik yang berupaya mencegah radang serta membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema dan psoriasis (kegatalan), selain mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Arginine: Arginine adalah sejenis asid amino yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan, mempercepatkan pemulihan luka, di samping melambatkan proses penuaan sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Dextrin: Dextrin adalah sejenis karbohidrat yang berfungsi menyahtoksin sekaligus menyerlahkan lagi seri kulit.
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.

CARA PENGGUNAAN CLARIFYING CLEANSING GEL ROYAL WHITE

  • Basahkan muka
  • Titiskan gel pada tapak tangan yang lembap
  • Gosok gel pada wajah perlahan-lahan secara pusingan
  • Bilas wajah

SKU: RWE 002 Categories: , ,