Sale!

Chriszen Moist Cake

RM 59.00 RM 40.00

Clear

Product Description

CHRISZEN MOIST CAKE

Chriszen Moist Cake diperkaya dengan kebaikan L-Glutathione dan kolagen yang bukan sahaja bertindak menutup kesan cela dan penuaan yang mengganggu penampilan anda, malah turut membantu mencerahkan serta mengekalkan keremajaan kulit seterusnya menjadikan wajah anda tampil lebih anggun dan berseri.

Ia turut dilengkapi dengan SPF50 bagi melindungi kulit wajah anda daripada
kerosakan akibat sinaran UV.

Chriszen Moist Cake terdapat dalam 3 pilihan untuk tona kulit yang berbeza:

  • 01 (Merah Jambu Cerah)
  • 02 (Merah Jambu)
  • 03 (Kuning Langsat)

Percuma 1 botol Chriszen Luxury 24k Gold Whitening Moisturizing Ampoule (13 ml) dengan setiap pembelian.

KEBAIKAN CHRISZEN MOIST CAKE

  • Membantu menaikkan seri wajah
  • Melindungi kulit wajah daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Mencerahkan kulit serta membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengawal masalah kulit berminyak
  • Mengurangkan kesan cela pada wajah
  • Mengurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata
  • Mengatasi masalah jerawat, parut, jeragat dan radang
  • Merawat masalah kulit kering dan kusam
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Mengekalkan keremajaan kulit wajah
  • Mampu bertahan lama sehingga 24 jam

KANDUNGAN CHRISZEN MOIST CAKE

  • L-Glutathione: L-Glutathione yang hanya mengandungi satu molekul glutathione berbanding glutathione yang mengandungi 2 molekul, adalah sejenis protein yang terhasil daripada 3 jenis asid amino (cystein, gliserin dan glutamic) yang kaya dengan antioksidan. L-Glutathione yang digunakan di dalam produk ini diperoleh dari sumber semulajadi iaitu ozocerite yang merupakan lilin mineral yang boleh terdapat di kawasan pergunungan seperti di Himalaya. Selain berupaya melambatkan proses penuaan, L-Glutathione juga mampu meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah kulit kering serta membantu memulihkan luka.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit.
  • Lilin Kristal Mikro: Sebatian yang dihasilkan melalui penapisan petrolatum ini bukan sahaja mampu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, malah turut berupaya mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus yang menjejaskan penampilan.
  • Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Purester 24: Lurester 24 atau turut dinamakan sebagai lauryl laurate terhasil dari minyak sayuran serta sering digunakan sebagai bahan pelarut di dalam produk kosmetik.
  • Avokado: Buah Avokado sarat dengan khasiat vitamin E yang berperanan memelihara, mencegah proses penuaan, melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka. Buah Avokado juga mampu merangsang pembentukan kolagen yang merupakan kandungan protein dalam tisu penghubung, di samping mengatasi penuaan kulit, serta menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
  • Badam: Kekacang yang bersifat antioksidan ini tinggi kandungan vitamin A, B, E, protein yang mampu membekalkan nutrisi dan kebaikan untuk kulit anda. Di samping berupaya memperbaharui sel kulit seterusnya mencegah dan merawat kesan-kesan penuaan, badam juga ternyata berkesan untuk mengatasi masalah parut, jeragat, radang, kegatalan, kulit kering dan kusam serta membantu memulihkan kerosakan dan kesan terbakar akibat pancaran cahaya matahari. Ia juga mampu mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit, mengurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata, memperbaiki tona kulit agar lebih sekata selain membantu menanggalkan kotoran, minyak, bintik-bintik hitam dan sel kulit mati seterusnya menjadikan kulit tampil lebih segar dan berseri.
  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Isirung Gandum: Isirung gandum atau wheat germ kaya dengan kandungan antioksidan dari sumber vitamin E dan asid lemak yang bertindak memperbaharui sel kulit serta memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran cahaya matahari seterusnya membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Iso-octyl Palmitate: Sebatian yang terhasil dari minyak kelapa sawit ini berperanan sebagai emolien bagi membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan dan terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus membantu mencegah proses penuaan dan serangan kanser kulit.
  • Iron Oxide Yellow: CI 77492 atau yellow iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna kuning lemon ke dalam produk kosmetik.
  • Iron Oxide Red: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.
  • Methyl Methacrylate: Methyl methacrylate adalah sejenis sebatian organik yang bertindak membentuk tekstur isi kandungan produk ini di samping turut berkesan untuk mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

CARA PENGGUNAAN CHRISZEN MOIST CAKE

  • Sapukan sedikit Chriszen Luxury 24k Gold Whitening Moisturizing Ampoule pada kulit bagi melembapkan wajah anda.
  • Sapu dan gaulkan isi kandungan Chriszen Moist Cake dengan span yang disediakan bagi melarutkan bedak asas dan L-Glutathione.
  • Sapukan campuran tersebut secara nipis pada kulit wajah.
  • Gunakan pada waktu siang bagi melindungi kulit daripada sinaran UV.

Incoming search terms:

  • bedak chriszen
  • kelebihan chriszen moist cake
  • kebaikan chriszen
  • Chriszen moist cake
  • kelebihan chriszen
  • kebaikan bedak chriszen
  • kebaikkan chriszen moist cake
  • Kandungan Chriszen
  • produk kecantikan chriszen
  • kosmetik chriszen

Additional information

Jenis

01 – Merah Jambu Cerah, 02 – Merah Jambu, 03 – Kuning Langsat

SKU: CZN 001 Categories: , ,