Sale!

Cellfie Gluta White Mask Ailin

RM 50.00 RM 43.00

Product Description

CELLFIE GLUTA WHITE MASK AILIN

Cellfie Gluta White Mask berkesan untuk mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi di samping memelihara kelembapan dan kelembutan kulit. Adunan biji kranberi, badam, glutathione, madu dan vitamin C yang terkandung di dalam Cellfie Gluta White Mask ternyata turut berupaya menyerlahkan lagi keremajaan kulit wajah anda.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Kandungan: 100ml

KEBAIKAN CELLFIE GLUTA WHITE MASK AILIN

  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit wajah
  • Menyerlahkan keanggunan dan keremajaan kulit
  • Membantu melambatkan proses penuaan kulit
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Mengatasi masalah pigmentasi dan jeragat
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Membantu melicinkan kulit agar bebas daripada cela
  • Mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya
  • Membantu mencegah serta mengatasi masalah jerawat dan parut
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan radikal bebas
  • Menyegarkan lagi kulit wajah anda

KANDUNGAN CELLFIE GLUTA WHITE MASK AILIN

  • Air (Water): Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Badam (Almond): Badam kaya dengan vitamin A, B dan E dan protein yang membekalkan nutrien dan khasiat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, badam turut berupaya melembapkan kulit, meredakan radang, menghaluskan kulit serta mengatasi masalah kulit kering dan kasar. Ia juga mampu mengurangkan kesan lingkaran hitam bawah mata, menyingkir sel kulit mati, melambatkan proses penuaan kulit di samping membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garus halus seterusnya mengekalkan keremajaan kulit anda.
  • Glutathione: Glutathione atau Gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, glycerin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C turut berupaya mempercepatkan pemulihan luka dan memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya di samping membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Biji Kranberi: Biji kranberi kaya dengan serat, Vitamin E dan C yang bertindak memelihara kulit dan juga sebagai agen antioksidan untuk mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan. Di samping itu, ia juga berupaya meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit, serta membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran ultraviolet (UV). Manakala asid lemak Omega 3,6 dan 9 yang turut terkandung di dalam biji kranberi pula berupaya mengekalkan kelembapan kulit seterusnya mengatasi masalah kulit kering, kasar dan tidak bermaya.
  • Dedak Padi Terhidrolisis (Hydrolyzed Rice Bran): Dedak beras yang terhasil daripada kulit padi kaya dengan kandungan antioksidan yang berupaya melambatkan proses penuaan kulit. Ia jugan mengandungi vitamin E yang berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga yang tinggi kandungan antioksidan. Selain membantu meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, ia juga berfungsi memelihara kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan tona wajah yang sekata. Madu juga mampu menggalakkan pemulihan luka dan memudarkan parut di samping membantu masalah kulit.
  • Kaolin: Kaolin merupakan sejenis tanah liat yang berupaya menanggalkan sel kulit mati, mengawal penghasilan minyak pada kulit dan menyingkirkan toksin dari kulit seterusnya membantu memelihara keremajaan dan kehalusan kulit.
  • Hyaluronidase: Hyaluronidase merupakan kumpulan enzim protein yang berperanan menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit.

CARA PENGGUNAAN CELLFIE GLUTA WHITE MASK AILIN

  • Cuci wajah sehingga bersih.
  • Sapu Cellfie Gluta White Mask secara nipis pada seluruh wajah.
  • Biarkan selama 25 hingga 35 minit.
  • Bilas dengan air.
  • Gunakan 2 hingga 3 kali dalam seminggu.

SKU: ALN 003 Categories: , ,