Sale!

Celak Bidadari V’Asia

RM 16.00 RM 12.00

Product Description

CELAK BIDADARI V’ASIA

Celak Bidadari diilhamkan daripada celak tradisional dan bertindak menyerlahkan kecantikan mata dan kening anda. Ia diperkaya dengan kebaikan minyak zaitun dan biji bunga matahari yang dapat melebatkan bulu mata seterusnya menjadikan mata anda lebih galak dan menawan.

Celak Bidadari hadir dalam warna coklat gelap.

Pemakaian celak merupakan sesuatu yang dianjurkan dalam agama Islam. Di samping dapat mencantikkan mata, ia juga diyakini mampu menjernihkan atau menajamkan penglihatan di samping membantu melebatkan bulu mata anda.

KEBAIKAN CELAK BIDADARI V’ASIA

  • Menyerlahkan seri mata, kening dan keseluruhan wajah
  • Memelihara kecantikan kulit terutamanya pada kelopak mata
  • Boleh digunakan pada kelopak mata dan kening
  • Ia mampu bertahan lama serta kalis air
  • Ia mudah digunakan dan sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa

KANDUNGAN CELAK BIDADARI V’ASIA

  • Minyak Castor (Hydrogenated Castor Oil): Minyak yang diesktrak dari buah jarak ini sering digunakan di dalam produk kecantikan serta berupaya menjadikan bulu mata anda lebih lebat dan sihat.
  • Phenyl Trimethicone: Phenyl trimethicone terhasil daripada silikon yang terhasil secara sintetik serta berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Minyak Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah berupaya menyerlahkan seri dan kehalusan bulu mata di samping membantu menghitam dan melebatkan bulu mata anda.
  • Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuss): Di samping baik untuk rawatan kecantikan kulit, minyak yang terhasil dari biji bunga matahari kaya dengan kebaikan vitamin B7 yang dapat membantu anda memiliki rambut mahupun bulu mata yang lebih lebat dan subur.
  • Titanium Dioxide: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi rambut mahupun bulu mata daripada kerosakan akibat sinaran matahari dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai agen antioksidan yang berperanan melindungi tisu tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia sering digunakan di dalam produk penjagaan diri bagi membantu melebatkan rambut mahupun bulu mata anda.
  • Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Methylparaben: Methylparaben merupakan bahan pengawet yang berperanan untuk melindungi produk kosmetik dan penjagaan diri daripada serangan mikrobiotik seperti kulat dan bakteria.
  • Propylparaben: Propylparaben merupakan sebatian organik yang sering terkandung dalam tumbuhan serta berperanan sebagai bahan pengawet dan bertindak sebagai anti-kulat bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Mica: Mica merupakan sejenis bahan mineral yang sering digunakan dalam bidang kosmetik sebagai pigmen atau bahan pewarna seperti di dalam produk bedak asas dan pewarna kuku. Ia mampu menambah sinar dan kilauan pada permukaan kulit sekaligus membantu menghaluskan kulit serta menaikkan seri wajah anda.
  • CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN CELAK BIDADARI V’ASIA

  • Lukiskan garisan demi garisan dari bahagian dalam mata sehingga hujung mata. Pada hujung mata, buat garis melentik ke atas dengan kemas untuk memberi kesan tajam dan mata yang cantik.
  • Boleh dilukis pada garisan dalam mata pada bahagian bawah untuk menampakkan mata yang lebih besar dan galak.
  • Boleh digunakan pada kening. Ukir mengikut bentuk yang diingini dari pangkal alis hingga bahagian hujung agar kening nampak tajam dan tersusun rapi.

Incoming search terms:

  • celak mata vasia
  • produk celak mata wanita Vasia

Additional information

Weight 0.0705 kg
SKU: VAA 057 Categories: , ,