Sale!

Celak Basah Chanteq Purnama

RM 23.90 RM 20.00

Product Description

CELAK BASAH CHANTEQ PURNAMA

Serlahkan keindahan sepasang mata anda dengan Celak Basah keluaran Chanteq Purnama.

Ia diperkaya dengan khasiat dari sumber minyak bunga matahari dan minyak zaitun yang bukan sahaja berupaya membantu mengekalkan kelembapan kulit di bahagian mata, malah turut berperanan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat sekaligus membantu memelihara fungsi deria penglihatan anda.

KHASIAT CELAK BASAH CHANTEQ PURNAMA

  • Menyerlahkan keindahan mata
  • Memelihara kesihatan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit di bahagian mata
  • Membantu menajamkan deria penglihatan
  • Membantu menyejukkan mata

KANDUNGAN CELAK BASAH CHANTEQ PURNAMA

  • Isododecane: Sebatian ini merupakan bahan hidrokarbon yang digunakan sebagai pelarut dan berupaya menghalang penyejatan air dari kulit.
  • Cyclomethicone: Cyclomethicone adalah sejenis cecair yang bebas dari alkohol yang berfungsi sebagai bahan pelarut yang lembut dan tidak mengganggu keselesaan kulit.
  • Polyethylene: Polyethylene merupakan sebatian yang berperanan sebagai agen pengemulsi dan berupaya mengekalkan kehalusan kulit anda.
  • Trimethylsiloxysilicate: Bahan ini merupakan resin silikon yang berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mempunyai fungsi kalis air agar Celak Basah yang dioles pada kelopak mata tidak menganggu penampilan.
  • Quaternium-18 Hectorite: Quaternium-18 Hectorite merupakan campuran garam ammonium klorida yang terhasil dari asid lemak bersama tanah liat serta bertindak sebagai bahan pengemulsi dalam produk Celak Basah ini.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terkandung di dalam sumber semulajadi seperti telur, susu, bunga matahari dan kacang soya serta mengandungi asid fosforik, choline, asid lemak, glycerol, glycolipid, triglyceride, dan fosfolipid. Lecithin kaya dengan vitamin B dan berfungsi sebagai bahan pengemulsi yang efektif selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, membantu menyerap nutrien ke dalam sel tubuh serta memelihara dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat.
  • Phenyl Trimethicone: Sebatian ini terhasil daripada silikon serta berperanan mengekalkan kelembapan kulit.
  • Hydrogenated Polyisobutene: Hydrogenated Polyisobutene adalah sejenis minyak sintetik yang berperanan mengekalkan kelembapan kulit di samping menggalakkan fungsi ramuan yang melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Methicone: Methicone adalah sejenis silikon yang bertindak mengekalkan kelembapan kulit dan sering menjadi ramuan dalam produk kosmetik untuk menentang pengeluaran minyak dan peluh dan boleh merosakkan mekap pada wajah.
  • Propylene Carbonate: Propylene Karbonat merupakan sejenis ester karbonat yang terhasil daripada propylene glycol dan bertindak sebagai bahan pelarut dalam Celak Basah.
  • Barium Sulfate: Sebatian bukan organik yang berfungsi memastikan ketumpatan sesuatu cecair seperti Celak Basah ini.
  • BHT (Butylhydroxytoluene): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas dan penuaan kulit.
  • Phenoxyethanol: Sebatian ini adalah sejenis bahan kimia organik yang berperanan sebagai bahan pengawet dan penstabil serta membantu menentang serangan kulat, bakteria dan mikroorganisme lain yang boleh merosakkan sel kulit dan tubuh.
  • Butylparaben: Juga dikenali dengan nama butyl-4-hydroxybenzoate, ia merupakan sebatian yang berperanan sebagai bahan pengawet yang mengandungi agen anti-kulat.
  • Isopropylparaben: Isopropylparaben adalah sejenis ester yang berfungsi sebagai bahan pengawet selain bersifat antseptik dan berupaya menentang serangan kulat.
  • Isobutylparaben: Bahan pengawet ini merupakan ester kepada isobutyl dan asid p-hydroxybenzoic yang bersifat anti-kulat.
  • Mika: Sejenis bahan mineral yang terhasil daripada aluminium silikat bersama alkali dan hidroksil serta sering terdapat di barat daya Amerika, India dan beberapa negara lain seperti China, Korea Selatan dan Brazil. Ia membantu menyerlahkan kilauan sesuatu produk selain menutup cela pada kulit.
  • Titanium Dioksida: Sebatian sintetik yang turut dipanggil titania ini mudah menyerap ke dalam kulit dan berperanan menambah warna pada sesuatu produk serta melindungi kulit daripada sinaran matahari dan ultraungu.
  • Chromium Oksida: Chromium Oksida merupakan sebatian magnetik sintetik yang berupaya menambah warna pada sesuatu produk seperti warna hitam pada Celak Basah.
  • Manganese Violet: Manganese Violet merupakan pigmen sintetik dan sering digunakan dalam produk kosmetik bagi memberi warna violet yang terang.
  • Chromium Hydroxide Green: Bahan ini merupakan sebatian organik yang berfungsi sebagai bahan pengawet dan pigmen yang berupaya menambah warna hijau ke dalam produk kosmetik mahupun makanan.
  • Propolis: Propolis adalah campuran resin (hidrokarbon) yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber botani seperti tunas pokok. Ia mempunyai fungsi antioksida yang efektif selain flavonoid yang mampu mengurangkan rasa sakit pada kulit tubuh. Selain itu, Propolis amat berkesan merawat jangkitan pada kulit, menentang mikrobiotik dan bakteria, mengatasi luka, lebam dan radang kulit. Ramuan yang berkhasiat ini juga berfungsi dengan baik untuk merawat kulit yang terbakar, lebam dan radang kulit.
  • Minyak Zaitun: Minyak zaitun juga merupakan ramuan yang penting di dalam produk ini. Ia mampu mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga berfungsi sebagai anti-penuaan untuk meremajakan wajah sekaligus berperanan untuk menyeri dan melembutkan lagi kulit wajah anda.
  • Aloe Vera: Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, Aloe Vera mengandungi vitamin B kompleks yang berupaya membantu meningkatkan metabolisme sekaligus membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan, di samping gabungannya bersama vitamin A dan E serta asid folik dan niasin yang berperanan mempercepatkan proses pembakaran lemak bagi menurunkan berat badan yang berlebihan. Selain itu, Aloe Vera juga mampu mengurangkan tahap gula dalam darah dan membersihkan perut, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit.
  • Bunga Matahari: Selain berupaya menstabilkan tekanan darah dan mengawal kadar kolestrol dengna bantuan kandungan seratnya, minyak bunga matahari yang diekstrak dari bijinya ini berupaya mengekalkan kehalusan dan kesihatan kulit.

CARA PENGGUNAAN CELAK BASAH CHANTEQ PURNAMA

  • Lukiskan garisan pada kelopak mata atas dan/atau bawah mata

Incoming search terms:

  • produk cantik purnama
  • cantik purnama dherbs
  • tablet cantik purnama
  • chanteq purnama sumo qurus
  • sumo kurus
  • tablet kunyah sumo qurus
SKU: CHQ 014 Categories: , ,