Sale!

Bubble Licious Gold Scrub

RM 70.00 RM 49.00

Product Description

BUBBLE LICIOUS GOLD SCRUB

Bubble Licious Gold Scrub merupakan formulasi kecantikan kulit yang dirumus daripada kebaikan vitamin, kolagen serta susu yang bukan sahaja bertindak melindungi kulit daripada kerosakan, malah turut membantu mengekalkan keremajaan kulit tubuh anda.

Kandungan: 200 gm

KEBAIKAN BUBBLE LICIOUS GOLD SCRUB

  • Menyegarkan tubuh badan
  • Menggebu dan menghaluskan lagi kulit
  • Menanggalkan sel kulit mati pada bahagian tubuh
  • Meningkatkan kecerahan kulit
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, selulit dan parut
  • Melindungi kulit daripada kerosakan
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengharumkan tubuh badan
  • Boleh digunakan pada bahagian tubuh seperti bawah lengan, celah paha, dan lain-lain

KANDUNGAN BUBBLE LICIOUS GOLD SCRUB

  • Vitamin C: Vitamin C merupakan antara ramuan yang paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Serbuk Emas: Emas sering digunakan oleh masyarakat tradisional Mesir bagi rawatan kulit. Ia berupaya mencerahkan warna kulit, memelihara sel kulit agar ia tampil lebih sihat dan bermaya, di samping menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit seterusnya memelihara kehalusan, kelembapan dan keanjalan kulit anda.
  • Garam Halus: Garam merupakan bahan mineral yang komponen utamanya ialah sodium klorida. Garam yang bersifat antibakteria dan antikulat membantu menghapuskan bakteria dan kulat di samping mempercepatkan proses penyembuhan luka dan jerawat pada tubuh badan. Selain itu juga, garam mampu mengatasi masalah kegatalan dan radang kulit, serta berupaya mengawal kulit berminyak.
  • Susu: Susu kerap digunakan di dalam produk penjagaan diri kerana keupayaannya untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Ia mengandungi asid amino yang kaya dengan sifat antioksidan yang mampu melambatkan proses penuaan kulit. Selain itu, protein susu juga berupaya mengekalkan kelembapan kulit di samping mampu merawat masalah kulit kering dan sensitif, radang, eczema, kesan alahan serta kulit yang kemerah-merahan.

CARA PENGGUNAAN BUBBLE LICIOUS GOLD SCRUB

  • Lulurkan Bubble Licious Gold Scrub di seluruh tubuh terutamanya di bahagian siku, lutut, bawah lengan dan celah peha.
  • Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
  • Bilas hingga bersih.
  • Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk kesan yang berganda.

SKU: BVR 002 Categories: , ,