Sale!

Bluebell Cleanser

RM 25.00 RM 23.00

Product Description

BLUEBELL CLEANSER

Bluebell Cleanser merupakan produk halal lagi suci yang berupaya menyingkirkan kotoran, minyak dan kesan mekap serta membantu merawat masalah jerawat, pigmentasi dan kedutan seterusnya memberikan kesegaran yang berpanjangan pada wajah anda.

  • Kandungan: 50ML

KEBAIKAN BLUEBELL CLEANSER

  • Menanggalkan kotoran pada kulit
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menyingkir cela pada kulit
  • Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi
  • Mengecilkan liang pori
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri

KANDUNGAN BLUEBELL CLEANSER

  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Sodium Lauroyl Sarcosinate: Sebatian yang turut dipanggil sarkosyl ini merupakan bahan pengemulsi yang berperanan menyatukan kandungan di dalam produk ini bagi menggalakkan fungsi keberkesanannya.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • 1, 3-Butylene Glycol: Butylene Glycol berfungsi sebagai bahan pelarut di dalam produk ini bagi menyatukan ramuan di dalam sesuatu produk sekaligus menggalakkan fungsi setiap ramuan lain.
  • Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa bersama bahan pengemulsi, dimethylaminopropylamine ini berfungsi sebagai agen pembuih di samping membantu memelihara kelembapan kulit wajah anda.
  • Portulaca Oleracea: Tumbuhan yang kaya dengan kandungan asid sitrik ini berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini mampu menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit agar kulit tampil lebih halus dan anjal. Selain itu, ia turut berupaya membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit seperti kegatalan dan kulit kering, memudarkan kesan parut serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • DMDM Hydantoin: Turut dikenali sebagai Glydant, sebatian organik yang bersifat antikulat ini bertindak sebagai bahan pengawet untuk mlindungi produk ini daripada kerosakan.
  • Asid Sitrik: Asid sitrik merupakan sebatian organik yang sering terkandung di dalam tumbuhan dan buah-buahan seperti oren dan limau. Ia berupaya menyingkir sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih sihat seterusnya mengurangkan kesan penuaan, parut jerawat serta membantu memperbaiki struktur kulit. Asid sitrik turut membantu meningkatkan kecerahan kulit, menyingkir kotoran dari liang pori, di samping menghasilkan tona kulit yang lebih sekata.
  • Mawar (Rosa Centifolia): Selain berupaya meredakan demam dan menyegarkan tubuh badan, bunga mawar juga kaya dengan khasiat untuk kecantikan kulit. Ia kaya dengan vitamin C yang bersifat antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan kulit di samping berupaya mengatasi masalah jerawat, eczema dan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari. Bunga mawar turut mampu memelihara kehalusan kulit, mengecilkan liang pori serta menjadikan tona kulit lebih sekata.

CARA PENGGUNAAN BLUEBELL CLEANSER

  • Ambil sedikit Bluebell Cleanser dan sapukan pada wajah yang basah.
  • Gosok perlahan-lahan ke seluruh wajah dan leher.
  • Bilas dengan air sehingga bersih.
  • Gunakan setiap pagi dan malam.

SKU: BBL 001 Categories: , ,