Sale!

BB Cream Yasmin Beauty

RM 30.90 RM 27.00

Product Description

BB CREAM YASMIN BEAUTY

Kombinasi mutiara, argan, beeswax dan vitamin E di dalam BB Cream Yasmin Beauty membantu menyerlahkan keanggunan kulit wajah di samping melindungi kulit daripada kerosakan akibat radiasi UV dengan SPF 35. BB Cream ini sesuai dijadikan sebagai bedak asas dan pelembap.

KHASIAT BB CREAM YASMIN BEAUTY

  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajah
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultraviolet (UV)
  • Mengurangkan kesan cela seperti parut, jeragat, kedutan dan garis-garis halus
  • Mengawal kadar minyak pada permukaan kulit sekaligus mencegah penghasilan jerawat
  • Menyerlahkan seri wajah

KANDUNGAN BB CREAM YASMIN BEAUTY

  • Mutiara: Mutiara berupaya meningkatkan kecerahan kulit di samping melindunginya daripada pancaran radiasi ultraungu yang boleh mengakibatkan kerosakan dan serangan kanser kulit. Selain membantu mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit, mutiara juga mampu mengatasi masalah kegatalan serta mengurangkan kesan garis-garis halus dan kedutan.
  • Cera Alba (Beeswax): Beeswax merupakan lilin semulajadi yang dihasilkan di dalam sarang lebah dan mengandungi vitamin A yang berupaya memelihara struktur kulit. Komponen utamanya adalah ester asid lemak yang berperanan memelihara sel kulit, mengatasi masalah jerawat, dan menyerlahkan keremajaan kulit. Beeswax yang bersifat antiradang dan antibakteria ini juga berupaya mencegah daripada kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan serta menggalakkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Minyak Argan: Minyak yang diesktrak dari biji buah Argan ini kaya dengan vitamin E dan asid lemak yang berupaya memperbaiki tekstur kulit, di samping menyerlahkan seri dan keremajaan kulit. Minyak Argan turut membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berminyak, di samping memperbaiki tona kulit agar lebih sekata. Ia juga berperanan sebagai agen antioksida dan membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan.
  • Vitamin E: Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang cantik dan berseri. Ia juga merupakan agen anti-oksida yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • SPF 35: SPF (sun protection factor) mengukur kadar perlindungan terhadap radiasi ultraviolet (UV). Semakin tinggi kadar SPF di dalam sesebuah produk penjagaan diri, semakin tinggi perlindungan yang diberikan terhadap kulit bagi mencegah kerosakan akibat radiasi (UV).

CARA PENGGUNAAN BB CREAM YASMIN BEAUTY

  • Calit sedikit BB Cream pada dahi, hidung, pipi dan dagu
  • Sapu dan ratakan pada seluruh wajah
  • Boleh digunakan sebagai bedak asas sebelum memakai mekap

Incoming search terms:

  • yasmin beauty
  • bb cream kedai jamu malaysia
SKU: YBY 001 Categories: , ,