Barut Bayi Anugerah

RM 28.00

Product Description

BARUT BAYI ANUGERAH

Barut Bayi Anugerah direka khas bagi membantu menghangatkan tubuh bayi dan mencegah masalah perut kembung seterusnya memberikan keselesaan kepada si manja anda. Setiap set pembelian Barut Bayi Anugerah hadir dalam 2 helai barut yang mudah untuk digunakan.

  • Kandungan: 2 Helai

Berbarut sudah diamalkan di kalangan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Ia bukan sahaja berupaya mencegah masalah perut kembung yang boleh menjejaskan keselesaan si kecil anda, malah turut mampu melindungi tali pusat bayi yang masih belum tertanggal dengan sempurna daripada serangan serangga.

Barut Bayi Anugerah dihasilkan daripada kain kapas ternyata mampu memberikan keselesaan berpanjangan kepada si manja anda.

KEBAIKAN BARUT BAYI ANUGERAH

  • Mengatasi masalah kembung perut dan angin pasang
  • Melindungi pusat bayi dari serangan serangga
  • Memudahkan tali pusat tertanggal dengan cepat tanpa menyakitkan bayi
  • Membantu menghangatkan tubuh bayi
  • Memberi keselesaan pada bayi

CARA PENGGUNAAN BARUT BAYI ANUGERAH

  • Boleh diguna selepas hari kelahiran bayi.
  • Mandikan bayi dengan air suam-suam kuku terlebih dahulu.
  • Disyorkan untuk menyapu Minyak Telon Anugerah pada tubuh bayi sebelum memakaikan barut.
  • Hamparkan Barut Bayi Anugerah di bahagian depan tubuh si manja anda.
  • Ikatkan dua tali di belakang leher bayi dan dua lagi di belakang pinggangnya mengikut saiz dan tahap keselesaan bayi.