Sale!

Awhet Muda Atika Beauty

RM 50.00 RM 43.00

Product Description

AWHET MUDA ATIKA BEAUTY

Serlahkan keanggunan dan keremajaan wajah dengan Awhet Muda yang menghimpunkan kolagen, mutiara, laici dan anggur untuk membebaskan anda daripada masalah kulit seperti kedutan, jerawat dan parut di samping membantu memelihara kesihatan tubuh badan.

KHASIAT AWHET MUDA ATIKA BEAUTY

  • Menyerlahkan kejelitaan luaran dan dalaman
  • Mencantikkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Menentang penuaan kulit
  • Mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit
  • Mengatasi masalah kulit seperti parut, jerawat dan kulit kusam
  • Menstabilkan kadar gula dan kolestrol

KANDUNGAN AWHET MUDA ATIKA BEAUTY

  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia. Ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka. Selain itu, kolagen juga berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap metabolisme tubuh badan.
  • Mutiara: Mutiara merupakan ramuan penting dalam sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah, melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.
  • Laici: Laici bukan sahaja bebas daripada kolestrol dan lemak tepu, malah kaya dengan serat, kalium, vitamin C, vitamin B-kompleks seperti thiamin, niacin dan folat serta merupakan agen antioksida yang berperanan membasmi radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Di samping membantu memelihara kulit dan merawat jangkitan kuman terutamanya di bahagian intim, laici mengandungi potassium yang mampu mengawal tekanan darah dan menggalakkan fungsi jantung, selain zat besi yang penting untuk penghasilan sel darah merah.
  • Anggur: Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Vitamin B2 yang turut terkandung di dalam anggur pula berfungsi menentang radikal bebas, meredakan migrain, merawat anemia, serta membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Selain itu juga, anggur melancarkan tekanan darah, menstabilkan kadar kolestrol, serta meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, di samping melambatkan penuaan, menggalakkan keupayaan mental, serta membantu menentang kanser dan radang.

CARA PENGGUNAAN AWHET MUDA ATIKA BEAUTY

  • Goncang dahulu sebelum diminum
  • Ambil 15ml setiap kali selepas sarapan dan makan malam
  • Simpan di peti sejuk
  • Tidak sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan wanita dalam haid

SKU: ABH 002 Categories: , ,