Sale!

Aura White Smart Kiddies

RM 68.00 RM 59.00

Product Description

Aura White Smart Kiddies

Smart Kiddies diperkaya dengan khasiat dari sumber susu skim, susu kambing, colostrum, pegaga, biji anggur dan madu yang berkesan untuk membantu meningkatkan keupayaan mental kanak-kanak supaya mudah untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Kandungan: 100 tablet

Smart Kiddies juga turut membekalkan tenaga kepada tubuh badan mereka untuk aktiviti seharian, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan menentang serangan penyakit. Smart Kiddies hadir dalam perisa strawberi yang enak.

Khasiat Aura White Smart Kiddies

  • Meningkatkan keupayaan mental
  • Menggalakkan fungsi otak
  • Meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal
  • Mengukuhkan otot, tulang dan gigi
  • Merangsang sistem imunisasi
  • Menggalakkan pertumbuhan
  • Membantu menentang serangan penyakit
  • Memelihara kesihatan usus dan sistem kardiovaskular
  • Menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah

Kandungan Aura White Smart Kiddies

  • Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Vitamin B2 dan Vitamin B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Gula Ising: Selain menambahkan lagi rasa manis dalam minuman, gula ising mempunyai kandungan kalori yang tinggi yang berperanan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Asid Glycolic yang terkandung dalam gula pula membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan kulit wajah.
  • Laktosa: Laktosa merupaka karbohidrat yang terkandung di dalam susu dan berupaya membantu menyerap kandungan kalsium ke dalam tubuh serta menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk tubuh terutamanya usus sekaligus meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Lakstosa juga mampu menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf dengan bantuan galaktosa, sebatian gula yang terkandung di dalam laktosa.
  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang bagus untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan daya tumpuan serta memori. Susu kambing juga membantu proses tumbesaran, mengukuhkan tulang dan gigi, mengawal tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan menyembuhkan luka dan menyihatkan tubuh badan.
  • Colostrum: Colostrum merupakan susu yang dihasilkan sebelum mamalia seperti lembu mahupun manusia melahirkan anak. Ia kaya dengan protein dan Vitamin A serta mengandungi antibodi yang memelihara kanak-kanak daripada serangan penyakit, selain menggalakkan pertumbuhan dan sistem imunisasi.
  • Omega-3: Omega-3 merupakan sid lemak yang penting untuk melancarkan fungsi organ selain membantu menentang radang dan menghalang peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Selain itu, Omega-3 turut membantu meningkatkan keupayaan mental dan daya tumpuan, menggalakkan pertumbuhan, serta meredakan tekanan.
  • Gotu Kola (Pegaga): Daun yang berbentuk ginjal ini juga dikenali dengan nama saintifiknya, Centella Asiatica kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C dan berfungsi meningkatkan keupayaan mental dan daya tumpuan serta memori. Herba ini turut membantu meningkatkan sistem imunisasi serta mengatasi demam, masalah pernafasan dan penyakit nyanyuk di samping menggalakkan penyembuhan luka dan masalah usus.
  • Biji anggur: Biji anggur yang bersifat antioksidan mampu memelihara otak dan sistem saraf daripada serangan racun atau radikal bebas yang berbahaya untuk kesihatan. Ia juga berupaya meningkatkan keupayaan mental dan daya tumpuan berikutan kelancaran peredaran darah ke bahagian otak.
  • Kurma: Kajian sains telah membuktikan kurma sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan kita. Kurma berfungsi membekalkan tenaga dan meningkatkan daya tumpuan. Ia juga kaya dengan serat dan potassium untuk menyeimbangkan kandungan air dalam badan, mencegah dari mendapat barah usus, membantu dalam pembinaan otot serta memelihara sistem saraf.
  • Prun: Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti prun dengan berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di samping melancarkan sistem penghadaman dan perncernaan. Prun juga kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.
  • Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang tinggi. Herba ini mampu membantu meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.
  • Yeast Beta Glucan: Beta glucan dari sumber yis ini merupakan serat mudah larut ini bersifat antioksidan dan berupaya mengurangkan tahap kolestrol dan menstabilkan kadar gula dalam darah, di samping membantu menentang kanser dan penyakit kardiovaskular serta meningkatkan sistem imunisasi.
  • Isomaltulose: Sebatian ini terhasil daripada sukrosa dan berperanan sebagai pengganti gula kerana rasanya yang manis. Isomaltulose membantu dalam proses pengoksidaan lemak di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan otak sekaligus merangsang keupayaan mental.

Cara Pengambilan Aura White Smart Kiddies

  • Makan 3 biji tablet pada waktu siang atau malam 1 jam sebelum atau selepas makan
  • Simpan di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30°c
  • Jauhkan dari sinaran matahari
SKU: AWB 008 Categories: , ,