Sale!

Amarawhite Eskayvie

RM 93.30 RM 85.00

Product Description

AMARAWHITE ESKAYVIE

Amarawhite merupakan revolusi rawatan kecantikan kulit keluaran Eskayvie yang bukan sahaja dapat memutihkan kulit, malah dapat mengekalkan keremajaan kulit anda dari dalam. Ia diadun dengan formulasi istimewa yang menggabungkan kebaikan kolagen marin bersama ekstrak blueberi, Hytolive, AstaREAL P2AF dan Trebeaut yang mampu menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memelihara kejelitaan kulit anda.

Kandungan: 10 sachet

KHASIAT AMARAWHITE ESKAYVIE

  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh kulit anda
  • Menyerlahkan keremajaan kulit dari dalam
  • Menganjal dan menegangkan kulit wajah serta tubuh
  • Menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus
  • Menyingkirkan kesan jeragat, jerawat, parut, selulit serta kesan terbakar
  • Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit
  • Membantu mengatasi masalah radang serta kulit kering, kasar, kusam dan tidak bermaya
  • Meningkatkan kecerahan kulit seterusnya mengatasi masalah pigmentasi
  • Membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan serta proses penuaan
  • Juga berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan

KANDUNGAN AMARAWHITE ESKAYVIE

  • Fruktos: Fruktos merupakan gula yang bersumberkan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Fruktos berfungsi menambah rasa manis di dalam sesuatu produk makanan dan minuman tanpa mengakibatkan peningkatan atau pengurangan tahap gula dalam darah secara mendadak.
  • Blueberi: Blueberi merupakan agen antioksida yang bertindak meneutralkan radikal bebas seterusnya membantu mencegah kerosakan sel kulit, melambatkan proses penuaan serta memperbaiki struktur kulit agar ia tampil lebih halus dan berseri.
  • Peptida Kolagen Marin Terhidrolisis: Gelatin atau kolagen larut air mengandungi asid amino yang telah melalui proses hidrolisis (di mana sebatian ini telah ditambah dengan air) mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Ia bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping membantu mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Maltodekstrin: Sebatian yang dihasilkan daripada kanji ini terdiri daripada molekul glukosa yang berupaya membantu membekalkan karbohidrat dan tenaga kepada tubuh bahan dan mengawal paras gula dalam darah.
  • Hytolive: Hytolive merupakan sejenis ramuan yang terhasil daripada 100% pengekstrakan polifenol yang berasaskan buah zaitun. Ia kaya dengan kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka di samping melindungi kulit daripada kerosakan.
  • AstaREAL P2AF: Ramuan ini merupakan sejenis serbuk astaxanthin yang tidak mengandungi sebarang bahan pelarut. Astaxanthin terkenal sebagai antara agen antioksidan yang berkesan dalam rawatan kecantikan kulit. Di samping membantu mencegah radang dan radikal bebas seterusnya melambatkan proses penuaan, astaxanthin turut berupaya melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV. Ia turut berupaya mencegah serta mengatasi masalah kedutan dan kesan terbakar akibat pancaran cahaya matahari selain mengurangkan melanin atau pigmen di dalam lapisan kulit sekaligus membantu mengatasi masalah jeragat.
  • Trebeaut: Trebeaut merupakan serbuk yang terhasil dari kulat atau cendawan jenis Tremella (Tremella Fuciformis). Tremella atau kulat putih (snow fungus) mula ditanam di China pada kurun ke-19 dan sering digunakan sebagai bahan kosmetik oleh wanita di negara itu selain di Jepun untuk mengekalkan kelembapan kulit. Tremella bersifat antioksidan yang mampu menentang radikal bebas di samping turut membantu menghilangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit untuk menyerlahkan keremajaan wajah.
  • Stevia: Stevia merupakan pokok renek yang berasal dari kawasan barat Amerika Utara ke Amerika Selatan. Oleh kerana daunnya mempunyai rasa yang manis serta bebas daripada karbohidrat dan gula, stevia sering digunakan sebagai pemanis dan sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kandungan kalori dalam pengambilan diet. Antara khasiat yang diperoleh daripada stevia yang bersifat antibakteria ini adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah, selain membantu pembentukan kalsium dan meningkatkan sistem pencernaan.

CARA PENGGUNAAN AMARAWHITE ESKAYVIE

  • Tuangkan kandungan 1 sachet Amarawhite ke dalam gelas.
  • Campurkan bersama 200 ml air kosong atau sejuk dan kacau hingga larut.
  • Minum dengan segera.
  • Ambil 30 minit sebelum sarapan pagi atau waktu tidur.
  • Amalkan meminum air kosong secukupnya setiap hari untuk menggalakkan keberkesanannya.

Additional information

Weight 0.360 kg
SKU: EKE 009 Categories: , ,