Sale!

Air Susu Ibu ASI Atika Beauty

RM 45.00 RM 39.00

Product Description

AIR SUSU IBU ASI ATIKA BEAUTY

Air Susu Ibu (ASI) keluaran Atika Beauty merupakan hasil gabungan rempah dan herba terpilih untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu bagi memudahkan penyusuan badan secara ekslusif. Selain itu, kombinasi habbatussauda, tembikai, labu, halba dan adas membantu meningkatkan sistem imunisasi dan tahap stamina, memperbaiki sel-sel dalam tubuh dan melancarkan sistem pencernaan kaum ibu.

KHASIAT AIR SUSU IBU ASI ATIKA BEAUTY

  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan tahap stamina
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • memperbaiki sel-sel dalam tubuh
  • membantu membuang angin dalam badan
  • Mengekalkan kejelitaan kulit

KANDUNGAN AIR SUSU IBU ASI ATIKA BEAUTY

  • Habbatussauda (Jintan Hitam): Habbatus Sauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols, minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta berfungsi sebagai anti-oksida.
  • Adas: Ia kaya dengan vitamin C dan serat yang bertindak sebagai agen anti-oksida untuk meneutralkan kesan radikal bebas di samping membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu, memelihara sistem penghadaman dan pencernaan, serta menstabilkan tahap kolestrol.
  • Tembikai: 92% daripada kandungan tembikai adalah air yang membantu menyeri dan mengekalkan kelembapan kulit, manakala kandungan vitamin A, B6 an C, serta fosforus, kalsium dan asid amino yang terkandung di dalam tembikai pula membantu membentuk sel darah merah, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, menyahtoksin, melancarkan peredaran darah di samping menggalakkan penyembuhan luka.
  • Halba: Halba yang turut dipanggil Fenugreek dan Methi ini mampu mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi serta meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi sel kanser payudara dan leukemia di samping meningkatkan bekalan susu ibu selain membantu membuang angin dalam badan.
  • Labu: Labu bersifat antioksidan dan kaya dengan khasiat vitamin A, C dan E yang berfungsi mengatasi masalah kulit, mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit dan memelihara kulit daripada serangan penyakit. Ia juga mengandungi flavonoid yang berupaya mengurangkan kadar kolestrol serta risiko penyakit jantung, selain potassium yang mampu menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang. Di samping itu, labu turut kaya dengan kalsium, dan fosforus yang membantu mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak meningkatkan tahap tenaga.

CARA PENGAMBILAN AIR SUSU IBU ASI ATIKA BEAUTY

  • Goncang dahulu sebelum mengambil Air Susu Ibu (ASI).
  • Minum 15 ml menggunakan cawan sukatan sebelum sarapan pagi dan malam.

Incoming search terms:

  • atika beauty
  • harum malam untuk kesuburan
  • vida beuty
  • atika beauty asi