Sale!

Advance Brightening Serum Royal White

RM 145.00 RM 129.00

Product Description

ADVANCE BRIGHTENING SERUM ROYAL WHITE

Advance Brightening Serum menghimpunkan khasiat dari sumber asid Kojic, Aloe Vera, cendawan Shiitake, serta vitamin C dan E bagi membekalkan nutrien kepada kulit agar wajah anda tampil lebih cerah, halus dan berseri.

Kandungan: 30 ml

KHASIAT ADVANCE BRIGHTENING SERUM ROYAL WHITE

  • Membantu mencerahkan kulit
  • Menyahtoksin
  • Mengekalkan kehalusan, ketegangan dan kelembapan kulit
  • Mengecilkan liang pori
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Membantu menyerlahkan keremajaan kulit
  • Mengurangkan tompok-tompok penuaan
  • Membantu mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan pigmentasi
  • Memulihkan kerosakan kulit akibat pancaran radiasi ultraungu (UV)
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit
  • Membekalkan nutrien kepada kulit agar ia kekal sihat dan berseri
  • Melindungi kulit daripada radiasi ultraungu

KANDUNGAN ADVANCE BRIGHTENING SERUM ROYAL WHITE

  • Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat, melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
  • Butyl Glycol: Sebatian yang juga dipanggil 2-Butoxyethanol ini berfungsi sebagai bahan pelarut selain menggalakkan fungs ramuan lain di dalam produk ini.
  • Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulit yang boleh merosakkan produk ini.
  • Sel Stem Epal (Malus Domestica Fruit Cell Culture): Sel stem yang terhasil daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Xanthan Gum: Gam Xanthan merupakan karbohidrat yang berasaskan gula serta berfungsi sebagai bahan penstabil dan pelikat produk penjagaan diri di samping menggalakkan fungsi semua bahan lain dan membantu mengekalkan kelembapan kulit.
  • Glycerin: Glycerine merupakan sebatian polyol yang berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Lecithin: Lecithin merupakan sejenis lemak yang sering terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan dan terdiri daripada asid lemak, glycerol, asid fosforik, triglyceride, choline dan fosfolipid. Selain menjadi bahan penstabil dalam produk penjagaan diri, lecithin berupaya menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam lapisan kulit dan mencegah pengoksidaan sel sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan kulit.
  • Adenosine: Adenosine adalah sebatian organik yang mampu menggalakkan penghasilan kolagen dan elastin yang merupakan komponen protein di dalam lapisan kulit seterusnya membantu meningkatkan keanjalan kulit serta menyerlahkan keremajaan wajah. Adenosine turut membantu melancarkan peredaran darah sekaligus memulihkan kerosakan sel kulit akibat radikal bebas dan pancaran radiasi ultraungu (UV).
  • Beta Glucan Yis: Beta glucan merupakan sebatian organik yang sering terdapat dalam bahan semulajadi seperti yis. Ia berupaya mengekalkan keremajaan kulit di samping membantu meningkatkan sistem imunisasi, memulihkan kerosakan kulit akibat luka dan pancaran cahaya matahari, menjana penghasilan kolagen dan sel kulit yang sihat serta mencegah serangan bakteria yang boleh merosakkan kulit.
  • Sodium Hyaluronate: Seperti asid Hyaluron yang mengandungi kadar molekul yang lebih banyak berbanding sodium hyaluronate, ia berupaya mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit di samping mengurangkan kesan kedutan serta menggalakkan penyerapan kalsium ke dalam lapisan kulit.
  • Asid Askorbik: Juga dikenali sebagai Vitamin C, ia merupakan zat paling penting penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan, selain menggalakkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit.
  • Tocopheryl Acetate: Sebatian ini turut dipanggil Vitamin E acetate, dan berfungsi sebagai antioksida yang berperanan melindungi tisu kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Tocopheryl Acetate juga mampu mencegah penuaan kulit, mengatasi radang kulit serta memperbaiki struktur kulit.
  • Fruktan: Fruktan merupakan molekul utama di dalam glukosa yang berupaya meningkatkan fungsi imunisasi di dalam lapisan kulit sekaligus membantu menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Triethanolamine: Bahan ini adalah sejenis cecair sintetik yang sering digunakan sebagai bahan pengemulsi di dalam produk penjagaan diri untuk menggalakkan fungsi setiap bahan lain di dalam produk tersebut.
  • Aloe Vera (Aloe Barbadensis): Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut dan meningkatkan kelembapan kulit.
  • Phenoxyethanol: Sebatian organik yang turut dipanggil Ethylene Glycol Monophenyl Ether ini berfungsi sebagai bahan pengawet yang berperanan memelihara sesuatu produk daripada serangan bakteria.
  • Minyak Biji Borage (Borago Officinalis): Biji bunga yang sering terdapat di Asia Tengah ini tinggi khasiat dari sumber asid gamma-linolik yang berupaya mencegah radang serta membantu mengatasi masalah kulit seperti eczema dan psoriasis (kegatalan), selain mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit.
  • Arginine: Arginine adalah sejenis asid amino yang berupaya menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan, mempercepatkan pemulihan luka, di samping melambatkan proses penuaan sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit.
  • Dextrin: Dextrin adalah sejenis karbohidrat yang berfungsi menyahtoksin sekaligus menyerlahkan lagi seri kulit.
  • Sodium Metabisulfite: Sodium Metabisulfite adalah garam organik yang berperanan sebagai bahan pengawet di dalam produk ini. Ia juga bersifat antioksidan bagi mencegah kemerosotan fungsi setiap ramuan lain.
  • Asid Kojic: Asid kogic yang bersifat antioksidan ini sering terkandung dalam cendawan dan berperanan penting dalam pencerahan kulit di samping mengatasi masalah hiperpigmentasi di mana asid ini membantu mengurangkan penghasilan melanin seterusnya mengekang pertumbuhan jeragat dan kesan-kesan penuaan.
  • Disodium EDTA: Disodium EDTA (asid Ethylenediaminetetraacetic) berfungsi sebagai bahan pengawet dan penstabil di dalam produk ini di samping bmembantu memulihkan kerosakan pada sel kulit.
  • Cendawan Shiitake (Lentinus Edodes): Cendawan yang sering tumbuh di Asia timur ini kaya dengan nutrien dan mineral yang berkhasiat seperti vitamin B dan D serta asid hyaluron, selenium dan potassium. Tumbuhan yang bersifat antioksidan ini mampu mencegah kerosakan sel mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus di samping mengatasi masalah jerawat, meningkatkan kecerahan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan risiko serangan kanser kulit.
  • Butylene Glycol: Sebatian yang terhasil daripada petroleum ini berfungsi memelihara sesebuah produk kosmetik di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.

CARA PENGGUNAAN ADVANCE BRIGHTENING SERUM ROYAL WHITE

  • Ambil sedikit serum dan sapukan pada seluruh wajah
  • Urut perlahan-lahan sehingga ia menyerap ke dalam kulit
  • Gunakan setiap pagi dan malam
  • Simpan di tempat yang kering dan sejuk
  • Jauhkan daripada pancaran cahaya matahari
SKU: RWE 001 Categories: , ,