Sale!

Adrae Phenomenon Pure Essence

RM 109.00 RM 99.00

Product Description

ADRAE PHENOMENON PURE ESSENCE

Adrae Phenomenon Pure Essence diperkaya dengan campuran ramuan semulajadi seperti sel stem epal, biji anggur, ginseng serta vitamin C yang bertindak membekalkan nutrien yang secukupnya untuk kulit wajah anda. Di samping dapat melindungi kulit daripada kerosakan dan proses penuaan, penggunaannya juga dapat membantu mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit yang berpanjangan.

Kandungan: 30 ml

KEBAIKAN ADRAE PHENOMENON PURE ESSENCE

  • Membekalkan nutrisi dan kesegaran buat kulit wajah anda
  • Menyerlahkan keremajaan kulit
  • Meningkatkan ketegangan kulit wajah
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Memelihara kehalusan kulit anda
  • Mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata
  • Memelihara kelembapan kulit seterusnya mengatasi kulit kering
  • Membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Merawat jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam
  • Memudarkan kesan lingkaran hitam di bawah mata
  • Mencegah penuaan kulit
  • Menjadikan kulit tampil lebih bermaya
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV
  • Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya

KANDUNGAN ADRAE PHENOMENON PURE ESSENCE

  • Sel Stem Epal: Sel stem merupakan sejenis sel tubuh yang mampu memperbaharui dirinya sendiri sekaligus menggalakkan fungsinya di segenap sel tubuh badan anda. Sel stem yang terkandung di dalam buah epal ini berupaya mencegah proses penuaan dan penghasilan kedutan pada wajah di samping melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru dan sihat.
  • Biji Anggur: Biji anggur mempunyai kualiti astringen yang tinggi dan mampu menegangkan kulit wajah selain membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengatasi masalah jerawat dan melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraungu (UV) sekaligus memelihara kulit daripada kerosakan dan proses penuaan.
  • Panax Ginseng: Herba yang mengandungi phytonutrien ini bersifat antioksidan yang berupaya menyahtoksin, mencegah kerosakan sel, menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus seterusnya menyerlahkan lagi keremajaan kulit. Ginseng juga mampu meningkatkan kecerahan kulit, memperbaiki struktur kulit yang kering dan rosak serta mengatasi masalah kulit seperti jerawat dan lingkaran hitam di bawah mata.
  • Vitamin C: Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • L-Glutathione: L-Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Glycerin: Glycerin merupakan sebatian polyol yang bersifat antikulat serta berupaya mengekalkan kelembapan kulit selain membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit, mengurangkan kesan lebam dan memperbaiki sel kulit.
  • Air: Air merupakan elemen yang penting untuk rawatan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia berperanan memelihara kelembapan kulit, mengurangkan masalah jerawat, melambatkan proses penuaan serta menyerlahkan seri dan kesegaran kulit.
  • Pewangi: Pewangi bertindak menambahkan aroma yang menyegarkan kulit wajah anda.

CARA PENGGUNAAN ADRAE PHENOMENON PURE ESSENCE

  • Ambil sedikit kandungan Adrae Phenomenon Pure Essence dan ratakan pada permukaan kulit wajah.
  • Mulakan dari bahagian bawah ke atas muka.
  • Biarkan sehingga ia meresap ke dalam lapisan kulit.
  • Gunakan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Additional information

Weight 0.210 kg
SKU: ADR 002 Categories: , ,