Sale!

Abqori Minda Genius

RM 38.00 RM 33.00

Product Description

ABQORI MINDA GENIUS

Abqori Minda Genius dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang terbukti keberkesannya bagi membantu meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda agar mudah untuk menyerap ilmu yang dipelajari.

Kandungan: 100 biji

KHASIAT ABQORI MINDA GENIUS

  • Membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Memudahkan penyerapan ilmu ke dalam minda
  • Membantu meningkatkan keyakinan diri
  • Membantu meredakan tekanan
  • Menggalakkan kecerdasan dan kecergasan minda
  • Membekalkan tenaga fizikal dan mental

KANDUNGAN ABQORI MINDA GENIUS

  • Susu Skim (Tanpa Lemak): Susu lembu yang telah diesktrak keluar lemaknya ini sememangnya kaya dengan kalsium yang membantu mengukuhkan tulang dan menormalkan denyutan jantung di samping melindungi sel-sel usus besar daripada serangan kanser. Vitamin B2 dan Vitamin B12 pula berperanan menggalakkan fungsi dan memelihara organ dalam sistem kardiovaskular. Di samping itu, Vitamin B12 turut menggalakkan pertumbuhan sel-sel saraf dan meningkatkan penghasilan darah merah sekaligus membantu menentang anemia. Susu lembu turut kaya dengan protein yang terbentuk melalui kombinasi 20 asid amino dan penting untuk pertumbuhan dan pemulihan tubuh badan, di samping membantu merangsang sistem imunisasi dan mengawal kadar gula dalam darah.
  • Sukrosa: Sukrosa merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
  • Koko: Koko kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, Vitamin A dan karbohidrat serta tinggi kandungan antioksida yang berperanan meneutralkan kesan radikal bebas, membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, menggalakkan pertumbuhan semula sel, memelihara kesihatan kulit, rambut, tulang, gigi dan penglihatan di samping membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sistem saraf dan bahagian otak seterusnya menjana kecergasan dan kecerdasan minda.
  • Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang bagus untuk penyembuhan luka dan pertumbuhan semula sel dalam badan, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan daya tumpuan serta memori. Susu kambing juga membantu proses tumbesaran, mengukuhkan tulang dan gigi, mengawal tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.
  • Kolostrum: Kolostrum merupakan susu yang dihasilkan sebelum mamalia seperti lembu mahupun manusia melahirkan anak. Ia kaya dengan protein dan Vitamin A serta mengandungi antibodi yang memelihara kanak-kanak daripada serangan penyakit, selain menggalakkan pertumbuhan dan sistem imunisasi.
  • Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.
  • Omega 3: Omega 3 yang sering terkandung di dalam ikan dan tumbuh-tumbuhan ini berupaya membekalkan nutrisi bagi otak seterusnya membantu meningkatkan kecerdasan dan daya memori.
  • Pegaga (Gotu Kola): Daun yang berbentuk ginjal ini kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan serta meningkatkan kecerdasan serta daya tumpuan dan memori.
  • Biji Anggur: Selain tinggi kandungan antioksidan yang berupaya melindungi otak dan sistem saraf daripada serangan sebatian yang berbahaya, biji anggur juga mampu melancarkan peredaran darah ke semua bahagian dalaman tubuh termasuk bahagian otak seterusnya membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori.
  • Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.
  • Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
  • Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.

CARA PENGAMBILAN ABQORI MINDA GENIUS

  • Ambil 3 biji tablet Abqori Minda Genius pada waktu pagi dan tengahari
  • Boleh dimakan sama ada sebelum atau selepas makan

Incoming search terms:

  • susu kambing abqori
  • abqori
  • susu abqori minda genius
  • abqari susu kambing

Additional information

Weight 0.12 kg
SKU: AGS 001 Categories: , ,