Sale!

24K Gold Miracle Bar V’Asia

RM 36.00 RM 28.00

Product Description

24K GOLD MIRACLE BAR V’ASIA

24K Gold Miracle Bar keluaran V’Asia merupakan formulasi teknologi nano berasaskan emas 24 karat khusus untuk menjadikan kulit wajah anda tampil lebih awet muda dan menawan. Ia turut diperkaya dengan campuran sarang burung, sel stem epal, kolagen serta vitamin A, C dan E yang mampu merawat masalah kulit yang menjejaskan penampilan anda.

KEBAIKAN 24K GOLD MIRACLE BAR V’ASIA

  • Memperbaiki tekstur kulit agar lebih sihat dan berseri
  • Membersihkan kesan kotoran pada kulit
  • Menyingkirkan toksin dan sel kulit mati
  • Membantu merawat masalah kulit kering, kusam dan bersisik
  • Membasmi kuman seterusnya membantu mengatasi masalah jerawat
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit
  • Meneutralkan tahap pH kulit
  • Memelihara kehalusan kulit
  • Meningkatkan kecerahan kulit wajah
  • Memperbaiki tona kulit agar lebih sekata
  • Mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus
  • Melindungi kulit daripada kerosakan akibat pencemaran toksin dan sinaran UV
  • Memelihara kehalusan dan kelembapan kulit anda
  • Membantu mencegah proses penuaan kulit

KANDUNGAN 24K GOLD MIRACLE BAR V’ASIA

  • Emas 24K: Emas sering digunakan oleh masyarakat tradisional Mesir bagi rawatan kulit. Ia berupaya mencerahkan warna kulit, memelihara sel kulit agar ia tampil lebih sihat dan bermaya, di samping menggalakkan penghasilan kolagen pada kulit seterusnya memelihara kehalusan, kelembapan dan keanjalan kulit anda.
  • Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit.
  • Glutathione: Glutathione atau gluta terdiri daripada 3 jenis asid amino iaitu cystein, gliserin dan glutamic yang tinggi kandungan antioksidan bagi menyingkirkan toksin dan radikal bebas seterusnya mencegah kerosakan sel, di samping berupaya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit, mengatasi masalah seperti kulit bersisik, kering dan luka. Gluta juga berupaya meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan risiko serangan kanser dan melambatkan proses penuaan kulit.
  • Sel Stem Epal: Sel stem yang diperoleh daripada buah epal ini ini sememangnya kaya dengan pelbagai khasiat vitamin A, C, B1, B2, B3, B5 dan B6 yang berperanan menghalus, mencerah dan melembapkan kulit. Epal juga sarat dengan folat yang membentuk sel-sel kulit yang baru di samping berperanan mencegah kanser, mencegah kerosakan sel dalam badan, memperbaiki sel dan tisu dalam badan selain menggalakkan penghasilan sel baru yang lebih sihat. Sel stem epal juga berkesan untuk mengembalikan keremajaan kulit dan mengatasi masalah penuaan.
  • Sarang Burung: Sarang burung layang-layang dibina dengan air liurnya sendiri yang mengandungi pelbagai jenis nutrien dan mineral lain yang bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah mampu mencantikkan kulit. Kandungan protein yang tinggi di dalam sarang burung sebenarnya mengandungi asid amino menggalakkan penghasilan kolagen di dalam lapisan kulit seterusnya menghalus dan menganjalkan kulit, di samping membantu meningkatkan kecerahan kulit serta mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.
  • Vitamin A: Vitamin A berupaya merangsang lapisan dermis yang mengandungi kolagen, elastin dan saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah ke permukaan kulit serta mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus. Selain itu, vitamin A turut membantu meningkatkan kelembapan kulit, mengawal penghasilan jerawat dan kadar sebum atau minyak, menyingkir sel kulit mati seterusnya menghaluskan kulit dan memperbaiki tona kulit agar lebih sekata serta melindungi kulit daripada kanser kulit dan proses penuaan yang diakibatkan oleh pancaran radiasi ultraviolet (UV).
  • Vitamin C: Di samping mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata, vitamin C berupaya memperbaiki tekstur kulit seterusnya memelihara kelembapan dan kehalusannya. Ia juga dapat membantu menggalakkan penghasilan kolagen bagi membantu menganjal dan menegangkan kulit serta menjadikan kulit tampak lebih bermaya. Vitamin C juga berkesan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV serta radikal bebas berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya matahari mahupun pencemaran sekaligus membantu menentang proses penuaan kulit.
  • Vitamin E: Vitamin E kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit. Vitamin E juga berperanan mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat, jeragat, tompok hitam dan kulit kusam selain membantu meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan luka serta melindungi kulit daripada pancaran radiasi ultraviolet yang boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Soya: Soya kaya dengan protein, serat dan vitamin E yang berperanan mengekalkan kelembapan kulit menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan tisu kulit yang baru dan sihat seterusnya membantu menyerlahkan keremajaan dan kecantikan kulit. Selain berupaya menyingkirkan minyak berlebihan dari lapisan kulit yang dapat membantu mengurangkan penghasilan jerawat, soya juga mengandungi phytoestrogen yang berperanan menggalakkan keanjalan kulit seterusnya membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus dan jeragat.
  • Jojoba: Minyak Jojoba terhasil daripada biji pokok Jojoba dan kaya dengan khasiat dari sumber 98% asid lemak, vitamin A, B-kompleks dan E serta bersifat antibakteria bagi mencegah dan merawat jangkitan pada kulit, mengurangkan masalah radang, mengekalkan kelembapan kulit di samping membantu mengatasi masalah jerawat.
  • Betik: Buah yang kaya dengan vitamin C ini berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit mati selain bertindak mengekalkan kehalusan dan keremajaan kulit wajah anda.

CARA PENGGUNAAN 24K GOLD MIRACLE BAR V’ASIA

  • Buihkan 24K Gold Miracle Bar.
  • Gosok dan urut pada wajah selama 1 minit.
  • Bilas sehingga bersih.
  • Gunakan pada waktu pagi dan malam.

 

Incoming search terms:

  • sabun v asia
  • sabun vasia
  • pencuci muka v asia
  • sabun muka v asia
  • set pencerahan jamu jelita
  • pencuci muka vasia
  • sabun muka vasia
  • vasia 24k gold miracle bar
  • v asia sabun muka
  • sabun24k gold vasia
SKU: VAA 003 Categories: , ,