Dasar Privasi

DASAR PRIVASI

Apabila anda mendaftar dengan Amira.Com.My, Amira akan meminta, menyimpan dan menggunakan maklumat yang dikumpul dari pengguna dilaman www.amira.com.my (selepas ini disebut Amira) . Dasar Privasi ini digunakan pakai apabila anda melayari Amira.

MAKLUMAT PERIBADI PENGGUNA

Amira akan menyimpan maklumat berkenaan Pengguna dengan pelbagai cara dan tidak terhad,terutamanya apabila Pengguna melayari Amira, membuat pendaftaran, membuat pesanan atau pembelian atau melanggan berita atau terlibat aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Amira. Pengguna akan diminta mengisi maklumat-maklumat berkenaan nama, alamat email, alamat rumah, nombor telefon atau sebarang maklumat yang dirasakan perlu oleh Amira.

Amira akan menyimpan maklumat berkenaan Pengguna hanya apabila Pengguna dengan rela hati memberikan maklumat berkenaan kepada Amira. Pengguna mempunyai hak menolak untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada Amira, disebabkan itu Pengguna mungkin tidak akan dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Amira.

Amira meminta, menyimpan dan mengumpul maklumat peribadi Pengguna untuk tujuan berikut:

  • Untuk meningkatkan mutu pegawai perkhidmatan pelanggan.
  • Maklum balas yang diperolehi daripada Pengguna menjadikan Amira lebih effektif dalam memenuhi kehendak Pengguna.
  • Memastikan Amira lebih mesra pengguna.
  • Amira mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk memahami bagaimana Pengguna Amira sebagai satu kumpulan menggunakan perkhidmatan dan sumber-sumber yang disediakan di laman web Amira.
  • Untuk meningkatkan mutu Amira. Amira sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Pengguna Amira berdasarkan maklumat, respon, aduan yang Amira terima.
  • Untuk menjalankan transaksi. Amira akan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh Pengguna kepada Amira untuk menguruskan pesanan atau pembelian.Amira tidak akan berkongsi maklumat Pengguna kepada pihak lain kecuali jika dirasakan perlu oleh Amira.
  • Untuk menghantar email berkala. Amira akan menggunakan email yang diberikan oleh Pengguna ketika proses pesanan atau pembelian untuk memberi maklumat atau mengemaskini pesanan yang telah dibuat. Email yang diberikan oleh Pengguna juga mungkin akan digunakan untuk menjawab soalan atau pertanyaan yang telah dibuat pleh Pengguna. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan email tersebut untuk menerima maklumat berkenaan produk, berita dari Amira atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika Pengguna tidak berminat untuk menerima email tersebut, Pengguna boleh mengikut arahan yang disediakan pada bahagian bawah email yang dihantar.

 

MAKLUMAT BUKAN PERIBADI PENGGUNA

Amira akan mengumpul maklumat Pengguna selain maklumat peribadi apabila Pengguna menggunakan atau sedang melayari Amira. Maklumat bukan peribadi Pengguna termasuk pelayar (browser) yang digunakan oleh Pengguna, jenis sistem operasi (OS) komputer yang digunakan oleh Pengguna atau maklumat lain yang berkaitan.

COOKIES

Pihak Amira menggunakan “cookies” untuk memberi kemudahan kepada Pengguna. Cookies boleh “mengingati” maklumat utama anda dan membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Amira dengan mudah.

KETEPATAN MAKLUMAT

Setiap maklumat Pengguna disimpan dengan dengan baik, Amira telah menempatkan pegawai khas untuk menjaga setiap maklumat yang diperolehi. Maklumat Pengguna dilindungi , tidak ada pengubahan atau didedahkan atau dimusnahkan, nama pengguna, kata laluan, maklumat transaksi.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Amira tidak menjual, mendedahkan atau memberi maklumat Pengguna kepada pihak lain. Amira mungkin akan menggunakan maklumat Pengguna dengan tujuan untuk meningkatkan operasi perniagaan dan Amira atau aktiviti yang berkaitan Amira seperti menghantar surat atau membuat kajian dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Pengguna.

PERUBAHAN DASAR PRIVASI

Amira mempunyai hak untuk mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Perubahan dasar akan dimaklumakan pada dilaman web Amira, Pengguna dihendaki menyemak dari masa ke semasa jika terdapat perubahan yang dilakukan oleh pihak Amira. Anda mengakui dan bersetuju bahawa ia adalah tanggungjawab anda untuk mengkaji semula dasar Dasar ini secara berkala dan menyedari perubahan yang dilakukan.

PENERIMAAN PENGGUNA TERHADAP DASAR PRIVASI

Dengan melayari laman web Amira, menandakan Pengguna menerima terhadap syarat-syarat dan terma perkhidmatan. Jika Pengguna tidak bersetuju dengan dasar ini, Pengguna mempunyai hak untuk tidak menggunakan laman web Amira. Jika Pengguna terus melayari laman web Amira bermakna Pengguna dianggap menerima Dasar Privasi ini.

HUBUNGI AMIRA

Jika Pengguna mempunyai sebarang persoalan berkaitan syarat-syarat dan terma, dasar Dasar atau sebarang soalan berkaitan website sila hubungi Amira:

Amira Malaysia
012-3134959
myamira2u@gmail.com